29/10/2014

Kisah Si Jojo & Jin.

Sewaktu berjalan-jalan di Pulau Pangkor, Jojo terjumpa sebuah teko berwarna perak terdampar di tepi pantai. Jojo pergi ke arah teko tersebut dan terus menggosok-gosok
teko tersebut lalu...PLING! Maka keluarlah seekor jin berperut buncit. Jin itu ketawa kahkahkah, sambil berkata "Wahai manusia, oleh kerana engkau telah menyelamatkan aku dari
dalam teko ini, aku benarkan kau membuat satu permintaan! Nescaya akan aku tunaikan!"
"Yakah?" jawab Jojo seolah tidak percaya kata-kata jin perut buncit tersebut.
"Adakah engkau tidak percaya kata-kataku wahai manusia?" tanya jin dengan nada marah.
"Bukan tak percaya. Sedangkan tadi aku yang selamatkan kau dari dalam teko, inikan pula kau nak tunaikan permintaan aku! jawab Jojo terus belalu pergi.
Best regards,

Want your own signature?
Visit MyLiveSignature.com
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Good Comment Will Come With Good Answer